Friday, October 8, 2010

SEKADAR RENUNGAN

Blog ini saya rakamkan untuk mengingati arwah anak saya dan sebagai iktibar kepada semua ibu bapa agar lebih berhati-hati untuk menghantar anak mereka ke nursery. Sesungguhnya saya melalui satu pengalaman yang sangat sukar dan terlalu hebat ujian yang diberikan buat saya, suami dan seisi keluarga. Alhamdulillah kami dapat melalui segalanya dengan penuh redha.... dan kini anak saya sudah kembali ke rahmatullah. Saya pasti akmal sudah berbahagia di alam barzakh kerana anak kecil itu tidak ada sekelumit dosa pun pada sesiapa. Namun yang saya amat kesalkan tidak ada sedikit pun keinsafan pada sang pemilik taska sepanjang penderitaan ini dilalui oleh kami...malah salam takziah juga tidak kami terima. Untuk itu saya dan peguam saya akan tetap menuntut hak akmal. Bukan duit yang saya utamakan tetapi untuk memberi pengajaran dan kesedaran pada mereka yang tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.    

No comments:

Post a Comment